Terma dan Syarat

Skim Didik Zakat & Simpan SSPN Prime (DZAS)

Pengenalan

Skim yang ditawarkan oleh Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi menggalakan Pembayar Zakat PPZ-MAIWP dan Pendeposit Akaun Simpan SSPN Prime mendidik anak-anak mereka tentang kewajipan membayar zakat di samping meningkatkan tahap kesedaran menabung bagi tujuan Pendidikan ("Skim DZAS").


Tempoh Kempen

Tempoh kempen bermula daripada 1 September 2022 sehingga 31 Ogos 2023, tertakluk kepada 5,000 peserta terawal.


Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia yang mencukupi syarat-syarat wajib berzakat;
  2. Ibu/bapa/penjaga & anak-anak membayar Zakat Harta* di PPZ-MAIWP dalam tempoh kempen Skim DZAS bermula 1 September 2022 sehingga 31 Ogos 2023;
  3. Membayar Zakat Harta mengikut kadar sebenar jumlah taksiran atau membayar serendah RM100.00 setahun seorang;
  4. Akaun Simpan SSPN Prime yang berkenaan tidak ditutup sehingga peserta Skim DZAS (penerima manfaat) berumur 18 tahun;
  5. Peserta Skim di kalangan anak-anak pembayar zakat mestilah merupakan anak kandung / anak angkat yang sah berumur 15 tahun dan ke bawah pada tahun semasa 2022 dan 2023;
  6. Pendaftaran Skim mesti melalui ibu / bapa / penjaga;

Nota:
Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Simpanan, dan lain-lain kecuali Fitrah.


Kelebihan

Insentif di bawah akan diberikan khusus kepada peserta yang menyertai Skim DZAS.

  1. Menerima Sumbangan Pendidikan PPZ-MAIWP bernilai RM100 seorang setiap 3 tahun sekali dan didepositkan terus ke Akaun Simpan SSPN Prime sehingga penerima manfaat berumur 18 tahun.
  2. PPZ-MAIWP & PTPTN menaja pendaftaran pembukaan Akaun Simpan SSPN Prime sebanyak RM20.00 bagi mana-mana peserta yang belum membuka akaun simpanan tersebut tertakluk kepada 3,000 peserta yang terawal. Peserta skim yang telah membuka akaun Simpan SSPN Prime dan membayar Zakat Harta di PPZ-MAIWP dalam tempoh kempen juga layak untuk dapat tajaan RM20.00.
  3. Menerima sumbangan Skim Kafalah Muzakki (Khairat Kematian) sehingga RM3,000.
  4. Lain-lain keistimewaan yang disediakan oleh PTPTN untuk pendeposit Akaun Simpan SSPN Prime.

Nota:
Tertakluk pada terma dan syarat Skim Kafalah Muzakki.


Ilustrasi Penerimaan Insentif

Ilustrasi penerimaan insentif Skim DZAS yang akan diperolehi seperti berikut:


Cara Menyertai

  1. Ibu/bapa/penjaga & anak-anak membayar Zakat Harta melalui semua saluran pembayaran zakat di PPZ-MAIWP mengikut kadar sebenar jumlah taksiran atau membayar serendah RM100 seorang dalam tempoh kempen;
  2. Pendaftaran Skim DZAS mesti melalui ibu/bapa/penjaga;
  3. Pastikan anak-anak (anak kandung/anak angkat) masih berumur 15 tahun dan ke bawah pada tahun semasa 2022 dan 2023;
  4. Isi dan lengkapkan borang penyertaan Skim DZAS secara atas talian di https://dzas.zakat.com.my. Pautan tersebut juga boleh didapati di portal rasmi PPZ-MAIWP dan PTPTN. Status pendaftaran akan dimaklum kepada ibu/bapa/penjaga melalui e-mel oleh PPZ-MAIWP.

Peruntukan Umum

  1. Untuk mengambil bahagian di dalam kempen ini, peserta mestilah termasuk di dalam kriteria kelayakan dan memenuhi mekanisma kempen. Melainkan dinyatakan sebaliknya oleh pihak PTPTN dan PPZ-MAIWP;
  2. PTPTN dan PPZ-MAIWP berhak meminda, membatalkan atau menambah mana- mana terma dan syarat di dalam kempen ini sama ada secara keseluruhan dengan memberi notis awal melalui laman web rasmi PTPTN dan PPZ-MAIWP, media massa, paparan notis di cawangan-cawangan PTPTN dan PPZ-MAIWP atau apa-apa cara yang difikirkan sesuai sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari kalendar. Pindaan, pembatalan atau penambahan tersebut adalah dianggap mengatasi pernyataan seperti mana yang terkandung di dalam bahan promosi pengiklanan yang berkaitan dengannya;
  3. Pendeposit adalah dinasihatkan untuk melayari laman sesawang PTPTN dan PPZ-MAIWP dari masa ke semasa untuk menyemak terma-terma dan syarat- syarat untuk mengambil maklum atas sebarang perubahan atau pindaan kepada terma-terma dan syarat-syarat ini;
  4. PTPTN dan PPZ-MAIWP berhak untuk meminda, membatalkan, menamatkan atau menggantungkan kempen ini dengan memberi notis secukupnya dalam tempoh empat belas (14) hari sebelum tarikh pindaan, pembatalan, penamatan atau penggantungan tersebut. Kaedah pemberitahuan boleh dilakukan secara bertulis, melalui laman web rasmi PTPTN dan PPZ-MAIWP, media elektronik atau paparan notis di cawangan-cawangan PTPTN dan PPZ-MAIWP. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang pindaan, pembatalan, penamatan atau penggantungan kempen ini oleh PTPTN dan PPZ-MAIWP tidak akan memberi hak kepada mana-mana pendeposit yang menyertai kempen ini untuk membuat apa-apa tuntutan atau pampasan terhadap PTPTN dan PPZ-MAIWP ke atas apa- apa dan /atau keseluruhan kehilangan, kos, perbelanjaan atau kerosakan yang ditanggung atau dialami oleh pendeposit sebagai kesan langsung atau tidak langsung daripada pindaan, pembatalan, penamatan atau penggantungan tersebut;
  5. PTPTN dan PPZ-MAIWP tidak bertanggungjawab ke atas penghantaran penyertaan yang lewat, hilang, tidak lengkap, tidak diserahkan, ditangguhkan, rosak atau salah arah sama ada disebabkan kesilapan, peninggalan, pengubahan, gangguan, penghapusan, kecurian, pemusnahan atau sebaliknya;
  6. PTPTN dan PPZ-MAIWP berhak membatalkan sebarang penyertaan tanpa sebarang notis, sekiranya didapati pendeposit tidak layak dan tidak mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan;
  7. Jika peserta didapati tidak memenuhi syarat-syarat untuk mengambil bahagian dalam kempen ini, PTPTN dan PPZ-MAIWP berhak untuk membatalkan atau menarik semula insentif yang telah diberikan.
  8. Penyertaan peserta dalam kempen ini adalah atas risiko peserta sendiri. PTPTN dan PPZ-MAIWP tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kehilangan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan tersebut;
  9. Segala terma dan syarat yang terdapat di dalam dokumen ini dan juga sebarang keputusanyang dibuat oleh PTPTN dan PPZ-MAIWP berhubung kempen ini adalah muktamad dan konklusif. PTPTN dan PPZ-MAIWP tidak akan melayan sebarang rayuan atau pertikaian melibatkan keputusan yang telah dibuat;
  10. Sekiranya terdapat percanggahan terma dan syarat kempen ini di dalam bahan pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan-bahan lain berkaitan dengan kempen ini, maka terma dan syarat di dalam laman web rasmi PTPTN dan PPZ-MAIWP adalah yang muktamad. Sebarang perkara mengenai kempen yang tidak dinyatakan di dalam terma dan syarat adalah bergantung kepada budi bicara mutlak pihak PTPTN dan PPZ-MAIWP;
  11. PTPTN dan PPZ-MAIWP boleh menggunakan penyertaan pendeposit termasuk tanpa terhad kepada gambar, lukisan, teks, dan kandungan atau maklumat lain yang dikemukakan untuk tujuan promosi (secara kolektif dinamakan "Bahan"), dan nama pendeposit, dan/ atau persamaannya, untuk tujuan pengiklanan, publisiti dan promosi mana - mana barangan atau perkhidmatan PTPTN dan PPZ- MAIWP, untuk tempoh tidak terhad di seluruh dunia tanpa pampasan, dan dalam mana-mana media. Pendeposit hendaklah melakukan segala perkara yang perlu untuk tujuan ini jika diminta oleh PTPTN dan PPZ-MAIWP;
  12. Segala surat-menyurat yang dihantar ke alamat terakhir mengikut rekod PTPTN adalah dianggap telah diserahkan kepada pendeposit.

Nota:
Anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami Terma & Syarat penuh Skim Didik Zakat & Simpan SSPN Prime (DZAS).

Maklumat dikemaskini pada 2 September 2022