Skim yang ditawarkan oleh Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi menggalakan Pembayar Zakat PPZ-MAIWP dan Pendeposit Akaun Simpan SSPN Prime mendidik anak-anak mereka tentang kewajipan membayar zakat di samping meningkatkan tahap kesedaran menabung bagi tujuan Pendidikan ("Skim DZAS").
Syarat - syarat untuk menyertai skim ini adalah seperti berikut:
* Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Simpanan & lain-lain kecuali Fitrah.
Skim DZAS boleh disertai bermula daripada 1 September 2022 sehingga 31 Ogos 2023, tertakluk kepada 5,000 peserta terawal.
Insentif di bawah akan diberikan khusus kepada peserta yang menyertai Skim DZAS.
* Tertakluk pada terma dan syarat Skim Kafalah Muzakki.
Ya, dan pelbagai keistimewaan seperti berikut:
Illustrasi penerimaan insentif Skim DZAS yang akan diperolehi seperti jadual di bawah:
Langkah-langkah adalah seperti berikut:
Status pendaftaran Skim DZAS boleh disemak secara dalam talian melalui pautan dzas.zakat.com.my atau kaunter PPZ-MAIWP atau di Talian Zakat 1-300-88-5757.
PPZ-MAIWP akan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada ibu / bapa / penjaga atau boleh menyemak penyata akaun Simpan SSPN Prime melalui Portal Rasmi PTPTN untuk mengesahkan penerimaan Sumbangan Pendidikan PPZ-MAIWP .
Ya, tertakluk 5,000 peserta yang terawal sahaja.
Tidak perlu.
Ya, layak.
Penyertaan yang layak adalah 2 orang iaitu mengikut bilangan anak tersebut. Salah seorang daripada ibu / bapa / penjaga boleh mendaftarkan untuk kesemua anak-anak atau ibu / bapa / penjaga boleh mendaftarkan anak-anak secara berasingan mengikut persetujuan bersama. Seorang anak tidak boleh didaftarkan sebanyak 2 kali.
Contoh:
Ayah & Ibu (kedua-duanya pembayar zakat) ada 2 orang anak yang bernama Ali & Minah. Ayah telah daftarkan Ali & Minah. Oleh itu ibu tidak boleh lagi mendaftarkan kedua-dua anak tersebut atau salah seorangnya. Ini disebabkan kedua-dua anak tersebut telah didaftarkan oleh bapa.
Boleh. Walau bagaimanapun, bagi membolehkan peserta layak mendapat insentif di bawah Skim DZAS ini, peserta tidak dibenarkan menutup akaun sehingga umur anak mencapai usia 18 tahun.
Layak dengan syarat peserta tersebut baru membuka Akaun Simpan SSPN Prime dalam tempoh kempen dan ibu / bapa / penjaga & anak perlu membayar zakat di PPZ-MAIWP dalam tempoh yang sama.
Tidak boleh, melainkan ibu / bapa / penjaga membayar zakat mengikut jumlah taksiran atau minimum bayaran RM100 setahun.
Layak dengan syarat jumlah minimum potongan RM100 setahun.
Layak. Pembayar mesti membayar zakat di PPZ-MAIWP pada tahun 2022 dan Ogos 2023, dan perlu mendaftar Skim DZAS dalam tempoh kempen.
Boleh.
Layak.
Layak.
Tidak. Walau bagaimanapun tiada insentif layak diterima setelah penutupan akaun.
Ya boleh dan tiada had bilangan anak. Ia mesti tertakluk kepada syarat kelayakan yang ditetapkan dan seorang anak tidak boleh didaftarkan 2 kali.
Secara umumnya para fuqaha' tidak meletakkan syarat baligh dan berakal sebagai syarat wajib zakat, menunjukkan bahawa kanak-kanak juga wajib untuk menunaikan zakat jika sekiranya memenuhi syarat-syarat kewajipan berzakat.
Imam al-Mawardi menyebut dalam kitabnya, al-Hawi al-Kabir dengan menukilkan pandangan Imam al-Syafie:
Maksudnya:
Zakat hukumnya wajib bagi setiap orang yang memiliki harta dengan pemilikan sempurna (tam al-milk),
dari pemilik orang merdeka (bukan hamba), meskipun anak kecil atau orang gila atau wanita.
Tidak ada perbezaan antara mereka dalam kewajiban berzakat.(Rujukal-Hawi al- Kabir, 3:329)
Di dalam kitab al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah pula, Syeikh Hasan al-Kaff menyebutkan bahawa:
Maksudnya:
Justeru, tidak termasuk dalam syarat-syarat wajib zakat, syarat baligh dan berakal. Oleh itu, wajib
dikeluarkan zakat ke atas harta kanak-kanak dan orang gila. Dan yang diperintahkan untuk melaksanakan
demikian bagi pihak mereka ialah wali mereka. (Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al- Mufidah: 397)
Justeru, zakat harta kanak-kanak adalah diwajibkan dan hendaklah diuruskan oleh wali mereka atau pihak yang dipertanggungjawabkan menjaga harta mereka.
Sekiranya proses pindah milik berlaku samada dengan cara dilafazkan, diserahkan mahupun ditentukan kadar dan bentuk pemilikannya, serta tiada halangan dari segi penggunaan maka ia telah dianggap sebagai milik sempurna kepada pihak yang diberikan pemilikan harta tersebut.
Kanak-kanak misalnya jika ibu bapa memberi pemilikan ke atas sesuatu barangan atau item yang tertakluk kepada kewajipan zakat, misalnya emas, maka zakat tersebut wajib ditunaikan. Meskipun secara fizikal harta tersebut digunakan oleh ibu bapa, maka itu dianggap sebagai pinjaman dan wajib harta tersebut dikembalikan kepada pemiliknya iaitu kanak-kanak tersebut.
Jika perkongsian harta berlaku dari aspek pencampuran harta dan pemilikan masing masing tidak ditentukan, maka harta tersebut dianggap milik satu individu. Ini disebut sebagai khultah. Maka zakat dikenakan seolah olah harta tersebut dimiliki oleh seorang individu sahaja dan tidak dipecahkan kepada pemilikan berbeza. Akan tetapi jika berkongsi satu akaun, namun pemilikannya ditentukan jumlah dan bahagian masing-masing atas setiap individu, maka zakatnya dikira atas bahagian setiap individu.
Perkara ini melibatkan soal teknikal. Apa yang penting proses bayaran diketahui dan diniatkan oleh pihak yang berzakat bahawasanya jumlah zakatnya secara keseluruhan adalah sebanyak RM1,000, namun secara teknikal hanya dipecahkan nama ketika proses pengeluaran resit dilakukan.
Zakat ke atas harta anak yatim yang menerima pusaka peninggalan kedua ibu bapanya tetap dikenakan. Sekiranya wang atau harta tersebut disimpan melebihi setahun maka zakat tertakluk ke atas harta tersebut. Jika anak tersebut masih belum cukup umur, maka pemegang amanah atau penjaganya wajib mengeluarkan zakat dari harta tersebut bagi pihaknya.
Menurut Imam Syafi'i, maksud zakat ialah menutup pintu kefakiran daripada harta orang kaya untuk mensyukuri nikmat Allah dan membersihkan harta.
Harta kanak-kanak boleh sahaja diterima untuk menunaikan perbelanjaan nafkahnya dan hutang. Apabila telah tetap perkara tersebut, maka zakat adalah wajib pada harta kanak-kanak dan orang gila, walaupun kanak-kanak tersebut belum baligh. Maka, wajib bagi penjaga kepada kedua-dua golongan di atas untuk mengeluarkan zakat daripada harta bagi kanak-kanak dan orang gila.
Sekiranya penjaga bagi kedua-dua pihak tidak mengeluarkan zakat, maka wajib atas kanak-kanak dan orang gila tersebut mengeluarkan zakat mereka setelah kanak-kanak itu baligh dan orang gila itu kembali siuman. (al-Majmu', jilid.2.ms.302)
Wang simpanan anak itu wajib dikeluarkan zakat apabila cukup haul dan nisabnya, sebanyak 2.5%. Menangguhkan daripada mengeluarkan zakat kanak-kanak itu, akan menyebabkan ibu bapa atau penjaganya berdosa.
Nota:
Anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami Terma & Syarat penuh Skim Didik Zakat & Simpan SSPN Prime (DZAS).